penulis

My photo
bunga kepala batu hati kapas jiwa kaca. degil , lembut dan fragile.

Monday, November 18, 2013

19 November 2013.



“Apa pendapat kau memang penting , walau bukan untuk dunia tapi untuk diri kau sendiri”. Aku pegang kuat benda ni.Tapi jangan pernah harap untuk orang akan suka untuk tiap2 patah kata yang kau cakap , sebab even you used the nicest words in the world sekalipun , if they meant to hate you , they will .Jangan pernah untuk menipu diri kau . Sampai bila kau nak setuju dengan pendapat orang saja ? Pendapat kau , kau tak nak kira ? Aku suka nyatakan pendapat aku , biar salah. Yang mana salah , kita perbetul .

People judge others . Benda ni lumrah yang Tuhan bagi , kau tak boleh nak deny . Sesetengah orang , mereka terlalu takut untuk nak dihakimi jadi mereka tak mahu menghakimi . Depa ni tak sedar yang depa sebenarnya dah turn out to be an ignorant bullshits yang bagi busuk dunia dengan tagline “do not judge others” depa . Aku sangat tak setuju. Mungkin juga sebab aku pun jenis orang mudah percaya orang , jadi , bila dia turn out to be bukan apa yang aku sangka , aku sendiri frust tertonggeng kecewa. 

 Aku nak pandang orang dengan penuh positivity . Macam kawan aku cakap , “mana ada manusia yang jahat dekat dunia. Mereka mesti ada reason sendiri untuk buat sesuatu kesalahan” . Aku terima kesalahan mereka ini , dalam masa yang sama aku menilai the action they made , not who they are . Aku terima mereka tak sempurna macam aku jugak . 

Kau dan ignorance kau yang buat kau jadi macam ini , kau rasa semua orang judge kau dan kau sendiri takut untuk dijudge jadi kau anggap semua mereka ini tak mahu kan engkau dan asyik nak menentang kau . Kau dan tagline “ do not judge others “ kau. 

Bagi aku , tak kira sapa kau yang penting adalah macam mana kau layan manusia keliling kau .Kau bukan hidup sendiri yang kau nak kisah pasal opinion kau saja. Semua benda ada batas .Kau nak orang terima pendapat kau kena terima pendapat orang lain sama. 

Jangan hanya sebab kau lain , kau rasa kau betul semua benda.
Kau tak cool mana pun.

Saturday, November 16, 2013

#2

ada waktu kau tak nak dengar apa2 dari sapa2 pun.
sebab kau dah malas nak fikir mana yang betul , mana yang salah.
mana yang kau patut ikut , mana yang kau patut buang.
kadang2 even otak terletaknya atas dari hati sekalipun , apa hati cakap pun penting juga.
orang ramai sibuk nak menyatakan pendapat masing2 , dan kalau boleh nak pendapat diorang diletak dekat tingkat paling tinggi, paling atas , paling kena junjung.
semua orang TERMASUK ENGKAU.
orang ramai masing2 nak orang lain dengar pendapat masing2, jadi diorang terpekik terlolong dekat dinding putih tak ada nyawa. tak sedar sebalik dinding putih tu sebenarnya ada yang tengah pegang shotgun tunggu nak tembak.
semua orang TERMASUK ENGKAU.

semua pakat nak dapat gelaran PAHLAWAN DINDING PUTIH.
tapi makin jauh dari dinding putih , makin hilang suaranya.
TERMASUK ENGKAU.

tak boleh nak harapkan baik2 dari dunia , tapi kita boleh cari kan ?
'harap' saja tak akan bawa pulang apa2 profits or benefits .

tak boleh nak kata dunia ini mengecewakan , sebab after all , yang hidup dekat dunia ini kita juga kan ?

ini realiti.
realiti dunia yang berpusing dari DINDING PUTIH kepada DISEBALIK DINDING PUTIH kembali ke DINDING PUTIH.
lagi aku sedar benda sebenarnya pasal realiti , lagi aku nak lari.
lagi aku takut.
betul lah kot.
kita manusia ni memang pengecut.
atau aku saja ?

berhenti dengan asyik menulis dengan otak .
hati kau sapa nak guna ?
ATAU
berhenti dengan asyik menulis dengan hati.
otak kau sapa nak guna ?

'tulis atas sapa engkau'
jadi ,
siapa aku?

random.

Thursday, November 14, 2013

#1

masih ada orang mahu baca blog ?
entah .
mana2 ruang yang izinkan aku untuk menulis.
situ kau akan nampak aku.

salam.